Mengunjungi Art Walk Mertajam, Penang
Lorong berjalan kaki yang sangat istimewa di kawasan pekan lama Bukit Mertajam, Penang. Lorong ini terletak di antara Jalan Aston (depan sekolah Jit Sin) menembusi ke Jalan Dato Ooi Chooi Cheng (simpang 3 Jalan Bunga Raya). Saya dan keluarga saya berjalan-jalan di lorong ini selepas makan malam.