Mendaki Bukit Gasing
Bukit Gasing adalah paru-paru hijau antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Ia adalah hutan sekunder yang membentang lebih daripada 100 hektar. Pengunjugn mungkin tidak menyedari bahawa hutan rumbun ini pernah menjadi ladang getah yang terbiar.
Bukit Gasing adalah tempat yang sangat baik untuk keluar dan aktiviti keluarga sambil menghayati keindahan alam semula jadi dan mendengar melodi bumi secara rohani. Pelawat terdiri daripada semua lapisan masyarakat.
Jalan Bukit Gasing adalah kompleks. Oleh itu, saya akan mengongsikan tips daki bukit ini mengikut pengalaman saya.
Tips untuk mendaki bukit ini:
- Ada 2 pintu masuk ke sini. Hutan Pendidikan Bukit Gasing (di sebelah PJ) atau Taman Rimba Bukit Kerinci (sebelah KL). Kedua-dua tempat ini mempunyai tempat letak kereta yang terhad.
- Pergi berkumpulan. Ikut trail supaya tak sesat dan buang masa. Jika tak nampak trail, mesti tanya orang yang disekeliling
- Senbur atau pakai losyen anti nyamuk.
- Disebabkan tak ada kedai atau tandas di dalamnya. Mesti makan dulu sebelum datang. Bawa air, snek bar sendiri.


.jpg)





Comments
Post a Comment