Mendaki Bukit Sri Bintang
Bukit Sri Bintang terletak di Kepong Selangor. Bukit ini terkenal di kalangan komuniti cina di sini. Kami parking di kawasan sekitar kawasan perumahan. Starting point terletak di Jalan Sri Bintang 8.
Di sana, terdapat banyak monyet di laluan itu dan saya dapat mendengar bunyi jeritan monyet yang baru dilahirkan semasa saya melaluinya.
Puncak berkembar bukit ini, titik tertinggi sekitar 150 meter dari aras laut, telah ditebang hutan beberapa tahun lalu untuk pembinaan tiang dan kabel kuasa voltan tinggi. Sekarang parut itu telah sembuh meninggalkan tumbuh-tumbuhan berumput yang menyenangkan dan pemandangan bandar yang indah.








Comments
Post a Comment